Copepoda jantan dan betina mengawan di dalam habitatnya dan kebiasaannya selepas kurang daripada 24 jam mengawan,betina akan menghasilkan telur di dalam badannya.
Telur menjadi matang sama ada di dalam kantung di luar badan atau pun matang di dalam badan.Selepas beberapa jam telur yang terhasil menjadi matang dan dilepaskan ke dalam air sebagai kumpulan larva yang dinamakan Naupli.
Naupli bersalin kulit sebanyak enam kali dalam masa 24 jammenjadi kumpulan Copepodid.Copepodid bersalin kulit sebanyak lima hingga enam kali (menurut spesies) sebelum mencapai bentuk dewasa.Dewasa biasanya terbentuk selepas tujuh hingga sepuluh hari telur menetas.